CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Qu-0ne-t0nnE, Pahang, Malaysia
n0rsas90??? m0st 0f my fren w0nder y n0rsas?? meaning f0r what?? it's de m0st frequent Q that i get whenever i put that name in everything i have... It juz c0me in my mind when i'm 16... Act it came fr0m my name, full name... NOor RabiatulSAadah Saadon.... dat's de n0rsas90 came fr0m.. n0thing special b0ut it, I juz f0und it enteresting n i keep using that name until n0w n I h0pe i'll n0t st0p using dat...

Tuesday, April 28, 2009

KAWANKU….

Kawan,
Dulu kaulah segalanya bagiku…
Kaulah peneman setiaku…
Sedia mendengar segalanya dariku…
Sentiasa ada disisiku…
Selalu ada tika aku memerlukan…

Tapi sayang,
Aku tersalah anggap semua kebaikan mu…
Kau mempergunakan kepercayaanku pada mu…
Aku kecewa…
Sakit hati…
Marah…
Geram…

Tapi,
Aku gagal…
Gagal untuk membencimu…
Walau hingga ke saat ini…
Hingga detik ini…
Apalagi untuk membuang kau dari hidupku…
Kerana aku terlalu sayangkan kau…
Kerana kau pernah tercatat sebagai kawanku…
Kawan baikku…

Tapi itu dulu…
Sebelum aku kenal siapa kau yang sebenarnya..
Kini…
Kawan yang pernah aku sayang…
Yang pernah aku bantu tika dia memerlukan…
Tika masalah menimpa…
Tika hati dirudum sepi…
Tika diri ditimpa malang…
Kau yang pernah aku sayang…
Menikam aku dari belakang…
Membuat aku merasa kehilangan…
Membuat aku rasa tertipu dengan air matamu…
Membuat aku jatuh hingga aku rasa sukar untuk aku berdiri lagi…

Tapi,
Sekarang…
Aku benar-benar gembira…
Benar-benar bersyukur diatas ketentuan Illahi…
Diatas setiap apa yang terjadi…
Kerana…
Setiap apa yang terjadi keatas diriku…
Membuat aku bertambah kuat…
Bertambah yakin untuk terus melangkah…
Walau hati ini pedih memikirkannya…
Walau jiwa ini perit mengenangkan hal ini…
Kerana…
Hilangnya dia dari hidup ku…
Aku kini menemui kawan sejati…
Kawan yang banyak menolong aku…
Tika aku gembira…
Dan…
Walau aku sedih sekalipun…
Mereka ini tidak pernah meninggalkan aku…
Tidak pernah membezakan aku…
Tidak pernah mengambil kesempatan diatas diri ini…

Kawan,
Aku benar-benar menghargai setiap apa yang telah terjadi…
Kerana hanya dengan ini…
Barulah aku kenal siapa kawanku yang sebenar…
Siapa kawanku yang sejati…
Yang benar-benar ikhlas menyayangi aku sebagai teman…
Yang tidak akan meninggalkan aku hanya semata-semata kerana orang lain…
Yang lebih pentingkan lelaki dari kawan daripada kawan baik sendiri…

Aku sendiri tidak mengerti kenapa hal ini terjadi…
Bagaimana mungkin seorang kekasih itu lebih berharga dari seorang teman…
Aku tidak faham…
Apa harganya seorang kekasih jika ingin dibandingkan dengan seorang teman…
Saban hari aku memikirkan hal ini…
Bagiku, tidak mungkin aku dapat melupakan kawanku…
Apatah lagi teman karib…
Jika hanya ingin dibandingkan dengan kekasih hati…
Kawan itu ibarat sebutir permata
Di tengah-tengah lautan yang tak bertepi …
Banyak tapi susah untuk dicari…
Mungkin jika senang untuk ketemu…
Tapi belum tentu permata itu akan berkilau indah…
Belum tentu permata itu cukup cantik…
Cukup besar untuk dihargai oleh orang lain….

Kawan…
Walau apa pun yang kau lakukan…
Walau apa pun yang kau fikirkan…
Kau masih lagi kawanku…
Walau bukan yang terbaik…
Walau bukan yang paling rapat dengan diri ini…
Tapi…
Aku akan tetap mendoakan kau dari jauh…
Jauh dari sudut hatiku…
Aku masih mengharapkan kau yang dulu…
Yang pernah aku kenal suatu tika lalu…
Kawan yang pernah berada disampingku..

0 comments: